Alzheimer bukan penyakit
Penyakit Alzheimer ialah bentuk demensia paling umum yang dialami oleh insan berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer’s mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.
Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain lagi. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.
Dikenali sebagai penyakit The Long Goodbye, penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih sepuluh hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.
Punca dan faktor risiko
Bagi otak yang berfungsi secara normal, terdapat bahan kimia yang menghubungkan atau menjadi pengantar sImbol ke bahagian otak yang dipanggil neurotransmitters. Sel otak ini bekerja dengan enzim yang sihat dan seimbang di dalam otak.
Penyakit Alzheimer ini berlaku apabila kurangnya acetylcholine (sel otak yang memberi peranan untuk memori, pemikiran dan tingkah laku) dan kurangnya fungsi cholinergic. Kekurangan fungsi ini akan mempengaruhi pesakit yang mengakibatkan payah untuk berfikir, sering lupa dan tidak boleh melakukan aktiviti harian yang sering mereka lakukan.
Kekurangan Acetylcholine ini dipengaruhi oleh dua enzim yang dipanggil cholinesterases dan butyrylcholinesterase. Faktor risiko terhadap penyakit Alzheimer ini termasuk;
• Faktor usia, kebarangkalian untuk mendapat penyakit Alzheimer ini berganda setiap lima tahun selepas usia meningkat 60 tahun.
• Faktor lain seperti diabetes, genetik, tekanan darah tinggi, merokok, angin ahmar dan kerosakan otak.
